SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PENDIDIKAN MORAL KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Pengenalan Pendidikan Moral
Pendidikan Moral ialah satu subjek yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral Kolej Matrikulasi Perak bertujuan mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di peringkat Matrikulasi memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan pekajar melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu pelajar dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan melalui Kemahiran berikut:
1. Kemahiran berkomunikasi
2. Kemahiran Kerja Berpasukan
3. Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat,